Monday 15 August 2011

Indahnya ukhuwah bersama adik adik semua......

uhkuwah yang terjalin sangat indah..... semoga ia berkekalan dan bertambah utuh berlandaskan ukhuwah fillah
semoga adik2 semua berjaya dalam peperiksaan dan yang paling penting berjaya di dunia dan juga di akhirat.... abang akan sentiasa mendoakan kejayaan adik2 semua..... semoga berjaya dalam menempuh masa depan yang penuh berliku serta ujian dari-Nya.. semoga ALLAH menemukan kita semula.

 Adik khairul azmin... sangat aktif dan sentiasa menceriakan suasana.
semoga berjaya dik. nak masuk matrik kan. emm kena rajin.focus dalam pelajaran.InsyaALLAH
abang yakin adik boleh.semoga adik menjadi anak yang soleh dan berbakti
kepada agama bangsa dan negara....
keep it up !
 Adik quddus... emm sangat tawadduk, sampai di gelar imam muda plak tu.. hihi
teruskan perjuangan dik. doa abang sentiasa bersamamu
semoga menjadi anak yang soleh.. dan berbakti
kepada agama bangsa dan negara.
 Adik syamrin.. emm semoga berjaya ya dik dalam exam akan datang..
belajar rajin rajin.. insyaALLAH pasti usaha adi akan berhasil
jangan putus asa dari rahmat ALLAH....
GUD LUCK DIK !
 Adik syamrin.... semoga berjaya dik dalam menempuh masa depan.. hehe.
abang tau adik sangat berpotensi
teruskan perjuangan ya dik.
abang sentiasa mendoakan adik semua...
Adik syahrul Nizam... hehe sentiasa dengan gaya cool nya.. 
semoga berjaya gak dik.. abang sentiasa mendoakan kamu semua.
hopefully dapat jumpa lagi di masa akan datang.....
indah nya ukhuwah bersama adik2 semua.....

Monday 25 July 2011

KEMBALI LAH KEPADA JALAN YANG SEBENARNYA.......


Agama-agama di dunia boleh dibahagikan kepada dua golongan utama
Yang pertama dipanggil Agama agama Aryan, dan keduanya dipanggil agama agama semitik
Antara agama agama Aryan ialah agama Hindu,Buddha,dan Zoroastrian.
Itu semua dari golongan Aryan.
Antara agama semitik pula ialah Yhudi,Kristian,Dan Islam.
Gabungan ketiga tiga kepercayaan ini merangkimi atau berasaskan kesatuan Tuhan.
Kerana di dalam ASAS ajaran nabi Musa,Isa,dan Muhammad(SAW) tidak ada satu pun perbezaan!
Tuhan telah mengurniakan manusia dengan logic dan akal fikiran.
Dan melalui dua alat inilah akan dapat mencapai kebenaran dan kebijaksanaan sejati.
Bagaimanapun, di antara PENGGOLONGAN agama, terdapat banyak perbezaan.
Dan apabila di katakana tiada perbezaan di antara ASAS agama agama ini bermaksud seperti suruhan pertama. Suruhan pertama yang diberi oleh Tuhan Mha Besar kepada nabi MUSA.
Didalam bahasa Hebrew yang bermaksud “ sinilah Israel,Tuhan kita, tuhan kita maha satu.
Lebih kurang 1350 tahun selepas itu seoran lelaki dari kaum yahudi datang kepada nabi isa(AS) dan menyoal baginda.
“ Tuan, apakah suruhan pertama agama?”
Nabi Isa menjawab dalam bahasa Hebrew yang bermaksud sinilah Israel,Tuhan kita, Tuhankita maha satu.
Baginda mengulangi perkataan perkataan yang sama yang telah dikatakan oleh nabi Musa 1300 tahun dahulu!
Kerana di dalam ASAS-ASAS agama dan kepercayaan, tiada apa beza sekalipun.
Baginda mengesahkan kata kata dari nabi Musa.
Lebih kurang 600 tahun selepas nabi Isa, seorang wakil kristian datang kepada nabi Muhammad di madinah. Mereka berdua berbual selama 3 hari, 3 malam di masjid Nabawi iaitu masjid Nbi Muhammad. Di dalam perbualan mereka, wakil kristian itu mengemukakan satu soalan kepada nabi Muhammad “ beritahu saya , apakah konsep kamu tentang Tuhan?” dan baginda nabi Muhammad saw membalas: “ Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”( surah Al-ikhlas: 1)
Nabi Muhammad berkata “ahad” yang bermaksud SATU-SATUNYA
NABI Isa berkata “IKHAD” yang bermaksud SATU-SATUNYA
Nabi Musa berkata “IKHAD” yang bermaksud SATU SATUNYA.
Apakah bezanya????????????????????a


Monday 27 June 2011

PENGORBANAN IBU MITHALI

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

RAHSIAH KUSYUK DALAM SEMBAHYANG


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 


1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan
Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

  
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." 

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." 
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

SAAT-SAAT SAKARATULMAUT SAIDATINA KHADIJAH

~Saidatina Khadijah~
Satu lagi pengisian  yang menggamit hati adalah berkenaan dengan Saidatina Khadijah. Saya ceritakan kembali saat-saat sakarat yang dilalui Saidatina Khadijah. Kehebatan wanita agung ini tiada tandingannya. Dia bersama Rasulullah SAW melalui onak dan duri dalam perjuangan dakwah.
Dia melalui saat-saat sakarat ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja. Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?
Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. Allah memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Turut diceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat.
Allahumma
antassalam- waminkassalam
Wa ilaika ya’uudussalam
Fahayyina rabbana
bissalam
Waadkhilnal
jannataka daarassalam
Tabaa rakta
rabbana wa ta’alaita ya dzal jalali wal ikraam
Ya Allah,
Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Maha Mulia Engkau ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.
 

SURAT CINTA UNTUK JIWA...

Surat Cinta Untuk Jiwa

Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".